• Penerangan pakej UniFi dalam bentuk video

    TM telah memuat naik sebuah video di Youtube bagi menerangkan kepada para pengguna tentang pakej-pakej yang terdapat di dalam UniFi. Buat yang masih tertanya-tanya, video ini merupakan ringkasan yang menceritakan apakah yang terdapat di dalam sebuah pakej UniFi. Jalur lebar berkelajuan tinggi daripada TM ini dilengkapi dengan 3 komponen utama iaitu Video, Internet dan juga Telefon. Ini bermakna, anda bukan sahaja menerima Internet yang berkelajuan tinggi, malah anda boleh menerima servis HyppTV (TV menggunakan teknologi IP) serta panggilan telefon talian tetap yang percuma kepada talian tetap yang lain.

    Konsep yang digunakan di dalam video ini amat menarik kerana ia dilakukan dalam bentuk lukisan tangan (sketches). Malah video ini turut menceritakan kelebihan-kelebihan tambahan yang anda akan terima sekiranya mendaftar UniFi seperti TM WiFi, Infoblast, iSheild Plus dan banyak lagi.





  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain