• Kemaskini - Rebat RM200 ke atas pembelian telefon pintar

    Masih ingatkah anda pada janji kerajaan tentang rebat RM200 yang akan diberikan untuk pembelian telefon 3G di kalangan para belia? Nampaknya usul itu bakal dilaksanakan bermula tahun depan dengan beberapa syarat utama. Initiatif yang diberi nama Pakej Komunikasi Belia ini bakal bermula pada 1 Januari 2013 dan berakhir pada 31 Disember 2013 dengan dana sebanyak RM300 juta. Perlu diingatkan anda perlulah berumur dalam lingkungan antara 21 hingga 30 tahun dan memperoleh pendapatan tidak lebih daripada RM3,000 untuk memohon.

    Hanya terdapat beberapa telefon pintar sahaja yang bakal tersenarai di dalam Pakej Komunikasi Belia dan harganya asalnya tidak akan melebihi RM500 seunit. Anda juga diwajibkan untuk melanggan kepada salah satu pelan daripada syarikat telekomunikasi seperti Maxis, DiGi, Celcom, U Mobile, YTL ataupun Tune Talk. Menurut laman blog Amanz dan Lowyat, senarai telefon pintar yang ditawarkan akan dikeluarkan pada 1 Januari 2013 dan kedai elektronik seperti SenHeng dan SenQ akan terlibat sama dalam menawarkan pakej ini kepada para belia di luar sana.

    Kemaskini : Setelah pelbagai kritikan yang diberikan ke atas Pakej Komunikasi Belia, kerajaan telah bersetuju untuk membuka penawaran rebat RM200 ini ke atas semua jenis telefon pintar tanpa sebarang had. Namun lingkungan umur dan tangga gaji masih dikekalkan pada tahap yang sama.

    Sumber informasi : Amanz dan Lowyat.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain