• Samsung Galaxy Camera dengan pelan Celcom

    Celcom merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi yang membawakan pakej Samsung Galaxy Camera kepada para penggunanya buat masa ini. Amat menarik kerana Galaxy Camera juga merupakan satu-satunya kamera yang diintegrasikan bersama-sama kad SIM bagi membolehkan anda menggunakan Internet di mana jua. Kamera Android pertama ini digabungkan sekali dengan pelan Celcom First Data Lite di mana anda hanya perlu membayar sebanyak RM1,499 sahaja berbanding RM1,899 harga asalnya. Namun anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan sekiranya anda ingin memiliki peranti ini pada harga serendah itu. Anda tetap mempunyai pilihan untuk mengurangkan tempoh kontrak anda kepada 12 bulan namun anda perlu menambah RM100 untuk harga Galaxy Camera tersebut.

    Celcom First Data Lite yang diperkenalkan didatangkan bersama-sama dengan kelajuan sehingga 1.5MBps dan 1.5GB kapasiti perpindahan data sebulan. Bil bulanan pula adalah serendah RM48 sahaja. Pakej ini tidak dibawakan bersama dengan pelan panggilan mahupun SMS kerana Galaxy Camera tidak menyokong fungsi-fungsi berkenaan. Terdapat juga bayaran awal yang perlu didahulukan iaitu sebanyak RM200 di mana ia akan direbatkan untuk 10 bulan pertama (rebat sebulan RM20).

    Samsung Galaxy Camera menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dan menggunakan cip pemprosesan empat teras 1.4 GHz di samping mempunyai saiz megapixel sebesar 16.3. Ia menyokong WiFi mahupun 3G bagi membolehkan anda berkongsi gambar-gambat anda secara terus melalui kamera anda tanpa bantuan komputer ataupun peranti yang lain.

    Sumber informasi : Celcom

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain