• Samsung Galaxy Grand dengan skrin 5 inci

    Samsung telah pun melancarkan satu lagi peranti dalam keluarga Galaxy iaitu Galaxy Grand dengan skrin bersaiz 5 inci. Telefon pintar ini menggunakan Android Jellybean 4.1.2 dengan cip pemprosesan 1.2 GHz bersama 1GB RAM. Menariknya ia dilengkapi dengan kamera 2 megapixel di bahagian hadapan manakala 8 megapixel di bahagian belakang. Storan dalaman yang dibawakan bersama agak rendah iaitu 8GB sahaja namun anda boleh menambah storan dengan menggunakan kad MicroSD.

    Jika dilihat dengan teliti spesifikasi Galaxy Grand ini, anda sudah pasti teringat pada Galaxy Note 2. Berkemungkinan besar telefon pintar ini merupakan versi spesifikasi rendah bagi Galaxy Note 2 dan mampu milik bagi mereka yang berpendapatan sederhana. Walaupun ia memiliki skrin 5 inci, perlu diingatkan bahawa resolusi skrinnya hanyalah pada 800x480 sahaja. Ini bermakna gambar yg dihasilkan oleh skrin Galaxy Grand tidaklah terperinci seperti Galaxy Note 2. Malah kapasiti bateri telefon pintar ini agak rendah bagi peranti bersaiz 5 inci iaitu pada 2,100mAh sahaja.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain