• Samsung Muse pesaing iPod Shuffle


    Anda inginkan sesuatu yang berlainan untuk menggantikan iPod Shuffle anda? Mungkin anda ingin mencuba peranti terbaru daripada Samsung iaitu Samsung Muse. Bentuknya yang kelihatan seperti seketul batu hiasan sudah pasti akan mengujakan mereka yang mementingkan reka bentuk. Dengan kapasiti storan sebesar 4GB, anda boleh mendengar lagu-lagu kegemaran anda sehingga 6 jam tanpa henti. 

    Saiznya yang amat kecil sudah pasti menarik minat mereka yang suka bersukan seperti jogging dan gym. Apa yang menjadi peranti muzik kecil ini lebih menarik berbanding iPod Shuffle dan peranti MP3 yang lain adalah ia mampu dihubungkan dengan telefon pintar Samsung terkini untuk memuat turun lagu. Menggunakan konsep sync, ia akan memudahkan pengguna Samsung Galaxy S3, S2 dan Note 2.

    Untuk berkongsi lagu-lagu yang terdapat di dalam telefon pintar Samsung anda dengan Samsung Muse, anda perlu memuat turun aplikasi Muse Sync daripada Google Play. Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan peranti ini di laman web Samsung.

    Harga di pasaran : $49.99 (anggaran RM153 di Malaysia)


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain