• Sokongan skrin tidur untuk Nokia Lumia

    Kemaskini terbaru buat pengguna Lumia di luar sana sudah pastinya amat mengujakan peminat Nokia. Terbaru Nokia telah membawakan sokongan skrin tidur (sleeping screen) khas buat pengguna Lumia yang sedia ada. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan Nokia N9 atau peranti S^3, ia menggunakan mod siap sedia (standby) telefon pintar dengan pengurangan cahaya untuk menunjukkan masa, tarikh dan beberapa informasi yang ringkas seperti keadaan cuaca dan kalendar.

    Namun terdapat sedikit kelainan bagi pengguna Lumia, anda perlu meletakkan telefon pintar anda pada aksesori NFC untuk menjadikan skrin ini kelihatan. Ini bermakna, sekiranya anda meletakkan Nokia Lumia 920 anda pada alat pengecasan NFC, anda boleh mengetahui keadaan cuaca dan masa tanpa perlu menekan telefon pintar anda. Fungsi ini sememangnya dikhaskan buat pengguna Nokia Lumia yang mempunyai sokongan NFC sahaja. Fungsi ini sebenarnya pernah diminta oleh para peminat Nokia sebelum ini. Kini anda boleh menjadikan telefon pintar Lumia anda sebagai jam tidur tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi tambahan.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain