• Tablet 10" Windows RT daripada Nokia

    Nampaknya bukanlah lagi suatu rahsia buat kita apabila Nokia ingin menghasilkan tablet Windows RT pertama mereka pada tahun hadapan. Tablet yang diperkatakan ramai ini dikatakan bakal memiliki skrin sebesar 10 inci serta mempunyai teknologi yang hampir sama dengan Microsoft Surface. Ini bermakna, tablet pertama daripada Nokia mungkin akan menerima sokongan USB dan HDMI di dalamnya. Fungsi asas seperti 3G juga akan disertakan bersama-sama.

    Tabket ini berkemungkinan dibawakan bersama dengan pendirinya (stand) sendiri bagi membolehkannya dicaj dengan mudah. Nokia kini sedang sibuk menguji bateri tablet mereka agar ia dapat dicaj dengan lebih pantas daripada biasa. Ketahanan baterinya pula digembar-gemburkan akan bertahan selama 10 jam. Tablet ini bakal diperkenalkan tidak lama lagi kepada semua pada MWC 2013.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain