• Tekaan harga iPhone 5 di Malaysia

     
    Hampir semua sudah sedia maklum bahawa iPhone 5 akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Disember ini. Ini jelas kelihatan apabila ramai yang telah mula memperkatakan berita ini di samping usaha beberapa syarikat telekomunikasi memperkenalkan pelan terbaru untuk telefon pintar ini. Persoalannya berapakah harga jualan iPhone 5 apabila ia tiba di Malaysia minggu depan?
     
    Berdasarkan penelitian awal yang dibuat, kemungkinan besar ia akan dijual pada harga serendah RM2,199. Ia berdasarkan harga jualan iPhone-iPhone terdahulu ketika ia pertama kali diperkenalkan di Malaysia. Apple sememangnya sudah terkenal dalam mengekalkan harga produk mereka di pasaran. Maka nilainya mungkin tidak banyak berubah.
     
    Namun, perlu dilihat dengan teliti bahawa pesaing terdekat iPhone 5 iaitu Samsung Galaxy S3 sudah pun boleh dimiliki dengan harga di bawah RM2,000. Ada kemungkinan juga Apple tidak akan berdiam diri dalam perkara ini. Malah iPhone 4S juga dijual pada harga RM1,799. Oleh itu, kita tidak dapat menolak sebarang kemungkinan yang iPhone 5 akan mengambil alih harga iPhone 4S tidak lama lagi. 4S mungkin akan diturunkan harga jika ini berlaku.
     
    Berdasarkan semua faktor yang ada, apa sahaja mungkin terjadi dan sudah pasti ia bakal menguntungkan para pengguna di luar sana. Tepuk dada tanya poket. Jadilah pengguna yang bijak.
    
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain