• Nokia Lumia 920 dijual pada 21 Disember


    Nokia Malaysia telah pun mengesahkan bahawa Lumia 920 dan 820 akan dibawa masuk tidak lama lagi kerana mereka akan mula menerima tempahan untuk kedua-dua telefon pintar ini bermula pada hari esok, 7 Disember 2012. Menariknya, Nokia Malaysia juga mengumumkan harga rasmi kedua-dua telefon pintar itu. Seperti yang dijangkakan, Lumia 920 bakal berharga RM1,999 manakala Lumia 820 bakal berharga RM1,599.

    Buat mereka yang berminat untuk menempah, anda boleh pergi ke kedai Nokia yang berhampir untuk mengisi borang tempahan awal. Tiada lagi sebarang cara untuk membuat tempahan secara online buat masa ini.

    Kemaskini : Pihak Lowyat dan Amanz telah pun melaporkan bahawa Lumia 920 dan 820 akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula pada 21 Disember ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain