• Tiada sokongan Google apps untuk Windows Phone 8

    Menurut kenyataan oleh Google dalam salah satu temu ramah, mereka tidak akan mebina sebarang aplikasi khas untuk Windows 8 dan juga Windows Phone 8. Perkara ini dikatakan sebagai semboyan perang ke atas Windows yang dibuat oleh Google. Antara aplikasi khas yang tidak akan dibawa masuk secara rasmi ke dalam Windows Marketplace adalah Google Drive, Google+, Google Doc dan banyak lagi. Namun begitu, anda masih boleh menggunakan hampir kesemua aplikasi Google melalui versi web. Ini termasuklah versi komputer dan mudah alih.

    Terdapat juga beberapa alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan aplikasi Google yang direka oleh Microsoft sendiri seperti SkyDrive, dan Office.

    Sumber informasi : WPCentral

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain