• Tukar nada dering di dalam Windows Phone

    Ramai sering mengeluh kerana Windows Phone tidak dapat menukarkan lagu-lagu MP3 yang terdapat di dalam telefon pintar anda kepada nada dering (ringtone) secara terus. Jika anda menggunakan tetapan yang sedia ada pada Windows Phone, anda hanya boleh memilih nada dering yang sedia ada sahaja. Namun anda tidak perlu risau kerana kini anda boleh menukarkan nada dering mengikut lagu-lagu kegemaran anda dengan mudah.

    Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Free Ringtones yang terdapat di dalam Windows Marketplace secara percuma. Aplikasi ini mempunyai dua fungsi utama iaitu membenarkan anda memuat turun nada dering di dalam pangkalan mereka dan menjadikan ia sebagai nada dering telefon Windows Phone anda. Anda boleh melihat lagu-lagu yang popular di paparan terawal aplikasi ini. Di samping itu, anda boleh mecari lagu-lagu yang anda ingini dengan fungsi carian yang disediakan. Menariknya terdapat juga beberapa lagu Melayu yang boleh dijumpai di dalam pangkalan data aplikasi ini. Lagu-lagu popular daripada artis tanah air kita seperti Siti Nurhaliza, Aizat, dan Jaclyn Victor boleh dijumpai di dalam aplikasi ini.

    Setelah selesai memuat turun, anda boleh melihat lagu-lagu anda di bahagian MyDownload. Di sini anda boleh menjadikan lagu-lagu anda kepada nada dering telefon dengan mudah. Penetapan untuk aplikasi ini sangat mudah dan pasti mengembirakan mereka yang menggunakannya. Anda juga boleh membuang nada-nada dering yang anda tidak perlukan melalui aplikasi ini.

    Sekiranya anda berminat, anda boleh memuat turun aplikasi ini ke dalam Windows Phone anda melalui pautan ini. Ia menyokong Windows Phone versi 7.5, 7.8 dan juga 8.0.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain