• Twitter bakal perkenalkan filter gambar


    Twitter dikatakan bakal memperkenalkan fungsi filter untuk gambar seumpama yang terdapat pada Instagram. Ini berikutan berita Instagram membina versi web untuk para pengguna mereka. Efek gambar pada Twitter akan menggunakan resolusi yang lebih besar iaitu 1024 x 1024 pixel. Pengguna Android dan iOS bakal menerima kemaskini untuk Twitter sebelum penghujung tahun ini.
     
    Twitter terpaksa memperkenalkan fungsi filter ini kerana mereka melihat pengguna Instagram kian meningkat di dalam platform mereka. Malah Instagram juga tidak akan menyokong paparan awal (preview) gambar untuk pengguna Twitter tidak lama lagi. Langkah yang diambil oleh Twitter dilihat sebagai wajar kerana mereka perlu mengurangkan penggantungan mereka kepada aplikasi lain seperti Instagram. Persoalannya sanggupkah para pengguna beralih kepada filter Twitter? Ini semua bergantung kepada kebolehan fungsi filter yang akan diperkenalkan mereka tidak lama lagi. Yang pasti ia akan menguntungkan pengguna di luar sana.
     
     
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain