• Video olokan Samsung Galaxy S4

    Ramai peminat Android di luar sana tidak sabat menantikan kedatangan teraju utama daripada Samsung untuk tahun hadapan iaitu Samsung Galaxy S4. Malah para peminat iPhone sendiri turut terancam dengan nama Galaxy S4 ini kerana ramai pengguna telefon pintar itu telah mula beralih kepada jenama Samsung. Terkini, Rozetked telah membuat sebuah video olokan bagi menunjukkan kepada semua jangkaan awal mereka terhadap Galaxy S4.

    Berdasarkan video di atas, pihak Rozetked meramalkan Samsung Galaxy S4 bakal memiliki ketebalan yang lebih nipis berbanding Samsung Galaxy S3. Malah ia juga mungkin lebih nipis daripada iPhone 5 yang sedia ada. Saiz skrinnya juga berkemungkinan akan menyokong paparan 1080p Grand Amoled dan disertakan bersama dengan kamera bersaiz 13 megapixel. Apa yang menjadikan video ini agak unik berbanding video-video yang lain adalah mereka meramalkan Galaxy S4 bakal memiliki sokongan pemancaran papan kekunci dalam bentuk laser. Teknologi seperti ini pernah diperkenalkan di dalam Youtube sebelum ini namun masih tiada lagi syarikat yang benar-benar mengasimilasikan teknologi ini ke dalam peranti mereka.

    Walaupun ini hanyalah sebuah video olokan, namun tidak mustahil ia akan benar-benar terjadi kerana Samsung memang sudah terkenal dalam membawakan telefon pintar yang lebih nipis serta diintegrasikan bersama-sama dengan teknologi terbaru. Sama-sama kita nantikan kemunculan Samsung Galaxy S4 pada awal tahun 2013.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain