• Whatsapp tidak akan ada untuk BB10

    Laporan awal daripada beberapa laman blog di Internet telah mengatakan bahawa aplikasi popular Whatsapp tidak akan disokoong ke dalam BlackBerry 10. Beberapa penulis blog telah cuba untuk mendapatkan kata rasmi daripada pengeluar Whatsapp sendiri, dan mereka mengatakan jawapan tidak berminat untuk membawa Whatsapp ke dalam BBIO buat masa ini. Namun mereka mungkin akan membawa masuk Whatsapp ke dalam BB10 bergantung kepada bilangan pengguna yang menggunakan BB10 di masa akan datang.

    Seperti yang kita sedia maklum, Blackberry 10 merupakan initiatif terbaru daripada RIM demi mengekalkan produk mereka di pasaran telefon pintar. Gajet ini bakal diperkenalkan secara rasmi seawal tahun hadapan dan dikatakan akan menarik ramai pengguna terutamanya pengguna Blackberry yang sedia ada. Telefon pintar daripada RIM ini sudah semenangnya popular dengan BBM (Blackberry Messenger) namun ia tidak boleh digunakan di dalam telefon pintar yang lain seperti iOS, Android dan Windows Phone. Jika Whatsapp tidak dibawa masuk ke dalam BB10, sudah pasti ia akan mengurangkan sambutan pengguna ke atas gajet terbaru ini.

    Sumber informasi: CrackBerry

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain