• WP 7.8 kini sedia dimuat turun pengguna Lumia 800


    Berita baik buat semua pengguna Nokia Lumia 800. Kini sudah boleh mengemaskini telefon pintar anda daripada versi Windows Phone 7.5 ke 7.8. Kemaskini yang dinanti-nantikan ramai ini kini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi Zune yang terdapat pada komputer peribadi anda. Windows Phone 7.8 yang juga dikenali sebagai Tango, membawakan pelbagai kemaskini terbaru seperti saiz live tiles yang boleh diubah, skrin boot-up yang diperbaharui, serta banyak lagi.

    Kemaskini 7.8 ini dibuat secara berperingkat mengikut kawasan di seluruh dunia. Pengguna di United Kingdom sudah pun menerima kemaskini ini awal pagi tadi. Kami akan membuat laporan lebih lanjut apabila Windows Phone 7.8 ini tiba di Malaysia.

    Tamabahan :  Pengguna di Malaysia perlu menunggu dahulu kerana kemaskini WP 7.8 ini masih belum sampai di negara kita.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain