• Yahoo Mail versi web dikemaskini

    Walaupun Yahoo Mail tidak lagi menjadi email kegemaran pengguna masa kini, namun mereka tetap berusaha untuk membawakan kemaskini terkini buat mereka yang masih menggunakannya. Hari ini, Yahoo Mail telah pun bertukar wajah dengan reka bentuk yang lebih mudah dan menarik. Secara keseluruhan, rekaan terbaru Yahoo Mail tidak banyak yang berubah namun kebanyakkan ruangan di dalam email ini telah pun dibersihkan menjadikan ia lebih sedap mata memandang. Terdapat pelbagai theme yang boleh dipilih oleh para pengguna bergantung kepada kesesuaian diri anda.

    Ruangan iklan juga dipercantikkan agar ia tidak mengganggu anda ketika menggunakan Yahoo Mail. Apa yang jelas kelihatan di sini adalah, Yahoo Mail terbaru padat dengan ikon-ikon yang telah diubahsuai bersesuaian dengan konsep laman web pada masa kini. Fungsi penghantaran fail yang besar juga telah diintegrasikan bersama-sama dengan Yousendit bagi memudahkan para pengguna. Kini anda boleh menghantar fail sehingga sebesar 2GB kepada rakan-rakan anda dengan fungsi ini.



     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain