• ZTE Grand S bakal jadi telefon ternipis

    Nampak satu lagi syarikat daripada China iaitu ZTE bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka pada CES 2013 tidak lama lagi. Laporan awal mengatakan telefon terbaru mereka iaitu ZTE Grand S bakal menjadi telefon pintar ternipis dengan ketebalan 6.9mm sahaja. Sebagai perbandingan, ketebalan Samsung Galaxy S3 adalah 8.6mm. Selain daripada nipis, ZTE Grand S memiliki saiz skrin yang agak besar iaitu 5 inci dan paparan HD sebesar 1920x1080. Populariti telefon pintar yang mempunyai skrin yang besar sudah menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

    Menurut laporan Unwired View, telefon pintar daripada ZTE ini akan menggunakan cip pemprosesan empat teras 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S4 di samping 2GB RAM. Jika anda gila menangkap gambar, 13 megapixel kamera sudah tentu tidak akan mengecewakan anda. Kapasiti bateri sebesar 2,500mAh dijangka membolehkan telefon pintar ini bertahan selama sehari untuk kegunaan biasa.

    CES 2013 bakal berlangsung pada 8 Januari 2013 dan bertempat di Las Vegas, Amerika Syarikat.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain