• 40 juta gambar dimuat naik ke dalam Instagram setiap hari

    Instagram sebelum ini pernah dikontroversikan dengan berita pertukaran polisi hak gambar yang dimuat naik ke dalamnya di mana mereka berhak menjual gambar-gambar yang terdapat di dalam Instagram tanpa pengetahuan pemilik sebenar gambar tersebut. Berita ini sedikit sebanyak telah menjatuhkan populariti Instagram sebentar walaupun pihak syarikat ini telah mengatakan ia bukanlah kehendak utama mereka untuk menjual gambar pengguna mereka. Bahkan mereka turut menukar semula sebahagian polisi aplikasi berkenaan supaya tidak mengelirukan semua pihak.

    Malam tadi, Instagram telah mengumumkan statistik penggunaan aplikasi mereka kepada umum buat pertama kalinya. Menurut laporan yang dikeluarkan, terdapat sebanyak 40 juta gambar telah dimuat naik ke dalam Instagram setiap hari. Malah angka pengguna yang berdaftar bagi aplikasi berkenaan adalah sebanyak 90 juta. Angka-angka sedikit sebanyak menunjukkan bahawa aplikasi Instagram masih lagi digunakan ramai pengguna walaupun dengan segala kontroversi yang melanda. Menariknya aplikasi ini menerima hampir 8,500 like dan 1,000 komen setiap saat. Buat masa ini tidak terdapat sebarang informasi berkenaan pecahan antara tahap keaktifan pengguna di Android dan iOS.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain