• Apple bakal perkenalkan iPad 4 128GB?

    Menurut informasi daripada beberapa laman web di Internet, Apple berkemungkinan besar akan menghasilkan iPad yang mempunyai ruang storan yang besar tidak lama lagi. Ura-ura mengatakan iPad terbaru ini bakal memiliki ruang storan sebesar 128GB (wow agak besar tu). Dengan ruangan storan sebesar 128GB, sudah pasti para pengguna akan lebih teruja untuk memuat turun lebih banyak video dan aplikasi ke dalam tablet ini. Malah sekiranya perkara ini benar, iPad bakal menjadi tablet pertama yang memiliki ruang storan dalaman sebanyak 128GB.

    Walau bagaimanapun, kemungkinan besar spesifikasi pada iPad ini tidak akan dipertingkatkan dan akan tetap menggunakan spesifikasi yang terdapat pada sebuah iPad generasi keempat. Ia juga akan didatangkan dengan dua pilihan warna, iaitu hitam dan putih di samping sokongan 3G bagi mereka yang memerlukan. Beberapa pihak sudah menjangkakan iPad dengan ruang storan yang besar ini bakal dijual di Amerika Syarikat bermula pada harga $799 (bersamaan dengan RM2,440 di Malaysia) untuk sokongan WiFi tanpa 3G dan $929 (bersamaan dengan RM2,830) bagi sokongan WiFi dan 3G sepenuhnya.

    Tiada sebarang berita sama ada iPad Mini juga bakal menerima kemaskini yang sama.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain