• Asus Malaysia perkenalkan MeMO Pad dan TAICHI

    Pada 22 Januari yang lalu, Asus Malaysia telah mengadakan sidang media rasmi bagi memperkenalkan beberapa produk terbaru mereka dan antaranya adalah Asus TAICHI dan juga MeMO Pad. Asus TAICHI merupakan sebuah komputer riba yang menggunakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft iaitu Windows 8. Reka bentuknya yang nipis dan ringan ini sudah pasti akan mengujakan para pengguna. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan empat teras Intel di samping mempunyai dua skrin depan belakang yang unik. Ini bermakna TAICHI mampu menjadi sebuah tablet apabila ia dilipat kerana menggunakan teknologi skrin sentuh IPS yang mampu memaparkan visual Definisi Tinggi penuh. Ia dijual pada harga RM3,999 dan bakal berada di kedai pengedar Asus bermula penghujung bulan Januari ini. Berikut adalah spesifikasi utama bagi Asus TAICHI:

    Spesifikasi Utama Asus TAICHI:

    1. Cip pemprosesan Intel Core i5-3317U generasi ketiga
    2. Skrin tablet dan komputer riba - 11.6 inci, Definasi Tinggi penuh (1920x1080)
    3. Microsoft Windows 8
    4. Intel HD Graphics 4000
    5. RAM 4GB DDR3, 256GB SATA III SSD
    6. Bluetooth 4.0, USB 3.0

    Pada majlis yang sama, Asus turut melancarkan MeMO Pad iaitu sebuah tablet 7 inci yang menggunakan sistem operasi Android 4.1 JellyBean sepenuhnya. Menariknya, ia baru sahaja dilancarkan pada CES 2013 awal bulan ini di Las Vegas. MeMO Pad ini hampir menyerupai Nexus 7 hasil kerjasama Google dan Asus namun spesifikasinya telah direndahkan sedikit agar ia mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan sederhana. Tablet ini boleh dimiliki dalam tiga warna yang berlainan iaitu Sugar White, Titanium Grey dan juga Cherry Pink. Harganya di pasaran adalah RM499 dan akan mula dijual pada penghujung bulan ini juga.

    Spesifikasi Utama Asus MeMO Pad:

    1. Cip pemprosesan 1GHz VIA WM8950 / Mali-400, RAM
    2. Sistem operasi Android Jellybean 4.1
    3. Skrin 7 inci (1024x600,169PPI)
    4. Kamera 1 megapiksel di bahagian hadapan dengan rakaman video Definasi Tinggi 720p
    5. Storan dalaman 8GB/16GB dengan slot MicroSD
    6. Bateri 4270mAh (bertahan sehingga 7 jam penggunaan)
    7. Berat 370g

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain