• CES - Alcatel tampil dengan 4 gajet Android terbaru

    Nama Alcatel mungkin bukanlah suatu nama yang popular di kalangan para pengguna telefon pintar masa kini namun mereka sedang mencuba untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka seperti suatu ketika dahulu. Alcatel telah mencuba nasib dengan memperkenalkan 3 telefon pintar Android terbaru serta sebuah tablet ketika CES 2013 yang berlangsung di Las Vegas.

    Alcatel Idol

    Alcatel Idol dikhabar merupakan telefon pintar yang teringan dalam ketegorinya dengan keberatan 110 gram sahaja. Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan dwi teras dengan skrin IPS berukuran 4.7 inci. Ia juga dilengkapi dengan kamera 8 megapixel di belakang dan 2 megapixel di bahagian hadapan. Tidak dapat dikenal pasti ia bakal menggunakan Android 4.1 atau 4.2 namun ia disahkan akan menggunakan Jelly Bean.

    Alcatel Idol Ultra

    Sekali lagi Alcatel cuba membuka mata semua pihak dengan mengumumkan bahawa Idol Ultra merupakan telefon pintar ternipis dengan ketebalan 6.45mm sahaja. Spesifikasi yang terdapat pada Idol Ultra adalah sama seperti Idol (cip pemprosesan dwi teras, 4.7 inci skrin). Apa yang menjadikan ia berbeza adalah pada teknologi skrin yang digunakan. Idol Ultra menggunakan paparan HD AMOLED tidak seperti Idol yang menggunakan paparan IPS.

    Alcatel Scribe HD

    Berbanding Idol dan Idol Ultra, Scribe HD mempunyai saiz skrin yang lebih besar pada ukuran 5 inci. Ia juga merupakan telefon pintar yang pertama menggunakan cip pemprosesan empat teras MT6589. Tiada sebarang informasi sama ada ia akan menyokong paparan video 1080p, kerana Alcatel hanya menggunakan perkataan "HD" buat masa ini. Sayang sekali ia masih lagi menggunakan kamera 8 megapixel di bahagian belakang tidak seperti Huawei. Scribe HD akan menyokong sambungan LTE di samping menggunakan sistem pengoperasian Android Jelly Bean.

    Alcatel One Touch Evo7 HD

    Tidak cukup dengan tiga telefon pintar, Alcatel turut memperkenalkan sebuah tablet Android pada CES 2013. One Touch Evo7 HD merupakan sebuah tablet 7 inci dengan sokongan data selular. Ia akan menggunakan Android Jelly Bean 4.1 dengan cip pemprosan dwi teras 1.6GHz. Ia sangat ringan dan nipis dengan ketebalan hanya 10mm. Terdapat juga beberapa aksesori tambahan yang boleh dibeli seperti selongsong (casing) dan kantung (pouches). Jika dilihat pada spesifikasi yang dinyatakan, ternyata One Touch Evo7 HD merupakan sebuah tablet mampu milik buat pilihan pengguna.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain