• Corning bakal perkenalkan Gorilla Glass 3

    Nampaknya bukan sahaja TV dan telefon pintar yang dinanti-nantikan pada CES 2013 kali ini. Pihak Corning telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan kemaskini skrin kaca mereka iaitu Gorilla Glass 3. Ia dikatakan akan menjadi lebih tahan lasak berbanding Gorilla Glass terdahulu di mana versi ketiga telah diubahsuai dari bahagian dalaman molekul lagi. Corning juga telah mengintegrasikan bersama Native Damage Resistance (NDR) di mana ia mampu mengurangkan penyebaran kecacatan. Malah ia mampu menjadikan kesan calar kurang kelihatan di atas skrin. Gorilla Glass 3 mampu menahan kesan calar sebanyak 3 kali ganda berbanding sebelumnya di samping 50 peratus pembaikan ke atas ketahanan skrin. Namun perlu diingatkan ia tetap belum boleh mampu untuk menahan hentakan hasil daripada jatuhan dari tempat yang tinggi. Sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkan kesan calar yang terdapat pada peranti skrin sentuh anda.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain