• Drexar21 kini menggunakan domain .my

    Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2013, Drexar21 kini telah beralih ke fasa baru dengan membuat penukaran domain kepada .my. Sebelum ini Drexar21 menggunakan domain Drexar21.com dan kini telah bertukar kepada Drexar21.my. Peralihan ini adalah demi menyokong usaha kerajaan untuk memperbanyakkan laman web yang menggunakan domain .my. Sepanjang proses peralihan ini, anda masih lagi boleh melawati laman blog Drexar21 melalui Drexar21.com kerana anda akan dialihkan kepada Drexar21.my secara automatik. Jika anda berhadapan dengan masalah sepanjang proses peralihan ini, sila hubungi kami dengan segera.

    Di samping itu, Drexar21 juga sedang sibuk memperbanyakkan lagi informasi dan berita di bawah payung Drexar21. Terdekat, anda bakal melihat kemunculan sebuah blog baru di bawah Drexar21 yang memfokuskan kepada teknologi dan peranti yang dihasilkan oleh Apple. Nantikan kemunculan laman blog terbaru kami tidak lama lagi.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain