• Facebook Graph Search bakal menjadi pengganti Google Search

    Pada awal pagi tadi, Facebook telah memperkenalkan fungsi carian terbaru mereka iaitu "Graph Search". Fungsi terbaru ini membenarkan anda membuat carian ke atas minat dan lokasi yang telah dikongsikan oleh rakan-rakan anda di Facebook. Konsepnya hampir menyerupai sistem pencarian Google namun ia diintegrasikan sekali bersama rekomendasi daripada rakan anda.

    Sebagai contoh, sekiranya anda mencari restoran terbaik untuk makan malam di Google, ia akan menyenaraikan semua restoran yang disebut di Internet oleh semua pihak. Namun dengan "Graph Search", anda boleh mengenalpasti restoran yang telah disyorkan oleh rakan-rakan anda di Facebook dengan mudah. Malah keputusan yang diberikan akan lebih dipercayai kerana ia berdasarkan pengalaman teman-teman anda.

    Beberapa pihak telah meramalkan fungsi "Graph Search" ini akan menjadi pesaing kuat buat Google tidak lama lagi. Mark Zuckerberg sememangnya pandai menggunakan segala aset yang ada pada Facebook untuk terus relevan di dunia teknologi masa kini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain