• Facebook Messenger bakal hadir di dalam iPad

    Facebook bakal memperkenalkan Facebook Messenger versi iPad tidak lama lagi atas permintaan ramai. Ia dikatakan akan diumumkan pada 15 Januari ini ketika sidang media rasmi Facebook. Melalui aplikasi yang dikhaskan untuk iPad ini, anda bakal melihat integrasi fungsi perkongsian gambar, tag lokasi, dan permesejan berkumpulan. Diwar-warkan Facebook Messenger versi iPad juga akan menyokong fungsi penghantaran suara yang baru sahaja diperkenalkan pada Facebook Messenger versi iPhone.

    Perkembangan aplikasi popular seperti Instagram dan Facebook Poke dilihat amat perlahan untuk pengguna iOS sejak akhir-akhir ini di mana ia mengambil tempoh yang agak lama untuk dipindahkan ke dalam iPad. Mungkin Mark Zuckerburg bakal membuat kejutan dengan memperkenalkan lebih banyak lagi aplikasi untuk pengguna iPad daripada Facebook? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mereka pada hari Selasa.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain