• Facebook sedang menguji sokongan panggilan suara untuk Messenger

    Facebook telah memulakan ujian awal untuk sokongan panggilan suara pada aplikasi Facebook Messenger mereka di Kanada. Ujian awal ini dikhaskan buat pengguna iOS sahaja buat masa ini namun pengguna Android bakal menerima kemaskini terbaru tidak lama lagi. Sekiranya ujian ini berjalan dengan lancar, dijangkakan pengguna di seluruh dunia bakal menerima kemaskini yang sama. Sokongan panggilan suara melalui Facebook Messenger ini menggunakan sambungan Internet sepenuhnya sama ada melalui WiFi ataupun data selular.

    Sebenarnya sokongan panggilan suara melalui Internet bukanlah sesuatu yang baru kerana sudah terdapat banyak aplikasi yang menawarkan fungsi yang sama seperti Viber, Line dan Skype. Namun kadar penembusan penggunaan fungsi ini amat kurang terutamanya di Malaysia. Dua faktor utamanya adalah kelajuan data selular di Malaysia serta bilangan pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut. Sama seperti Whatsapp, aplikasi panggilan suara melalui Internet ini memerlukan masa sebelum ia benar-benar menjadi popular di kalangan pengguna telefon pintar.

    Pada masa yang sama, pengguna iOS dan Android di luar Kanada seperti Malaysia kini sudah boleh menerima kemaskini Facebook Messenger yang membolehkan anda menghantar pesanan suara (push-to-talk) secara terus. Anda boleh mendapatkan aplikasi Facebook Messenger ini di pautan di bawah:

    Facebook Messenger untuk Android

    Facebook Messenger untuk iOS

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain