• Facebook untuk Android dikemaskini dengan fungsi penghantaran suara

    Facebook telah mengemaskini aplikasi rasmi mereka di Android pada hari ini bagi membawakan sokongan penghantaran suara. Sebelum ini, mereka telah membuat kemaskini pada Facebook Messenger. Facebook nampaknya sedang mencuba sedaya upaya untuk mengintegrasikan fungsi penghantaran suara buat para pengguna mereka kerana persaingan yang cukup hebat oleh pesaingnya. Malah buat masa ini, pengguna di Amerika dan Kanada boleh membuat panggilan secara maya (VoIP) melalui aplikasi Facebook. Walaupun masih di peringkat percubaan, ramai yang amat menantikan kemunculan fungsi ini secara rasmi.

    Selain daripada itu, kemaskini terbaru Facebook untuk Android juga disertakan sekali dengan penghantaran dan penerimaan gambar yang lebih pantas dan fungsi "share" bagi memudahkan para pengguna Android berkongsi status rakan-rakan anda di garisan masa (timeline). Buat mereka yang ingin memuat turun kemaskini terkini untuk aplikasi ini, anda boleh memuat turun di pautan ini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain