• Gambar Sony Xperia Z mula kelihatan

    Kita kini sedang menghitung hari sebelum kedatangan CES 2013 yang bakal berlangsung pada 8 Januari ini. Pada masa yang sama, semakin banyak gambar-gambar awal peranti yang bakal diperkenalkan pada majlis itu telah mula kelihatan di Internet. Terkini, telefon pintar bersaiz 5 inci daripada Sony mula mendapat perhatian. Telefon pintar ini bakal menjadi teraju utama Sony dengan nama Sony Xperia Z (Yuga). Menurut laporan awal, ia bakal memiliki kamera bersaiz 13 megapixel di samping menggunakan paparan 1080p. Malah ia akan menggunakan sistem operasi Android terkini iaitu Jellybean.

    Jika segala khabar angin yang dikatakan adalah benar, Xperia Z bakal menjadi telefon pintar bersaiz 5 inci pertama daripada Sony. Ramai peminat Sony amat menantikan kemunculan telefon pintar terbaru daripada Sony kerana syarikat ini kelihatan agak senyap pada penghujung tahun 2012 di kala Samsung dan Apple sibuk memperkenalkan peranti terbaru.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain