• Google sedang mengkaji menggantikan kata laluan kepada kunci USB dan cincin pintar

     

    Google kini sedang sibuk membuat kajian ke atas kaedah kata laluan terbaru untuk pengguna di Internet kerana kata laluan yang biasa digunakan pada masa kini dilihat amat mudah untuk digodam. Bukan itu sahaja, pengguna juga sering menghadapi masalah mengingati kata laluan yang telah mereka cipta kerana terdapat banyak lagi kata laluan yang perlu diingati bagi setiap akaun berbeza. Boleh dianggarkan hampir setiap pengguna akan menghadapi masalah lupa kata laluan sekurang-kurangnya sekali.

    Terdapat dua teknologi yang sedang dikaji iaitu kata laluan yang ditukar kepada kunci digital dalam bentuk USB serta cincin pintar yang boleh dipakai di tangan. Idea kunci USB ini dilihat amat praktikal kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. Ia seumpama kunci untuk gerbang digital anda. Cincin pintar juga kelihatan amat menarik kerana pengguna boleh memakainya sebagai perhiasan di samping bertindak sebagai kunci akaun digital anda. Namun untuk mengimplementasikan kedua-dua cara ini, Google perlu memikirkan peranti yang sesuai agar dapat membaca kod yang tersimpan di dalamnya.

    Banyak lagi kemungkinan juga perlu diambil kira seperti situasi apabila kehilangan dan kecurian kunci tersebut terjadi. Malah kerjasama juga perlu dibuat bersama-sama laman-laman web yang lain bagi memastikan sistem ini diguna pakai dengan sepenuhnya. Kita mungkin tidakmakan melihat teknologi ini digunakan dalam setahun dua ini, namun ia mungkin terjadi di masa akan datang kerana ia melibatkan keselamatan pengguna di alam maya.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain