• Huawei Ascend Mate dan D2 - Besar dan Terhebat

    Huawei telah membuka lembaran CES 2013 dengan mempersembahkan dua buah telefon pintar Android sewaktu sidang media mereka diadakan. Huawei mempertaruhkan Ascend D2 dan Ascend Mate untuk bersaing di arena pengeluar telefon pintar masa kini.

    Huawei Ascend D2

    Ascend D2 merupakan sebuah telefon pintar yang memiliki daya tahan yang amat tinggi kerana ia mampu merintang air dan juga habuk daripada memasuki telefon pintar ini. Ia mempunyai skrin sebesar 5 inci dengan paparan 1080p. Cip pemprosesan empat teras 1.5GHz serta 2GB RAM sudah pasti akan membuat anda teruja. Bukan itu sahaja, kamera di bahagian belakangnya juga mampu merakam video berskala 1080p melalui kamera 13 megapixel.

    Ascend D2 telah disertakan sekali dengan ruang storan dalaman 32GB. Sayang sekali tiada sokongan untuk kad microSD yang dibawakan bersama-sama. Dari segi waktu penggunaan, ia dijangka mampu bertahan lama kerana dilengkapi dengan bateri bersaiz 3,000mAh.

    Telefon pintar ini bakal berada di pasaran China pada bulan ini. Walau bagaimanapun, pihak Huawei masih lagi belum mengumumkan harga rasmi.

    Huawei Ascend Mate

    Telefon pintar ini mempunyai skrin yang besar berbanding telefon pintar biasa kerana ia menggunakan skrin bersaiz 6 inci dengan paparan 720p. Ia memiliki cip pemprosesan dan RAM yang sama seperti Ascend D2 namun hanya dilengkapi dengan kamera bersaiz 8 megapixel sahaja.

    Namun kelebihan utama telefon pintar ini terletak pada bateri dan ruang storan. Tidak seperti Ascend D2, anda boleh meletakkan kad microSD di dalam Ascend Mate sebagai storan tambahan. Bukan itu sahaja, kapasiti bateri juga dipertingkatkan kepada 4,050mAh.

    Kedua-dua telefon pintar ini menggunakan sistem pengoperasian Android Jellybean 4.1 dengan Emotion UI daripada Huawei. Khabar angin mengatakan Ascend Mate bakal dijual pada harga USD480 dan akan dipasarkan di China menjelang bulan Februari kelak.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain