• iDrexar21 - Berita produk Apple dalam Bahasa Melayu

    Seperti yang dijanjikan pada minggu lepas, Drexar21 kini sudah mempunyai sebuah blog terbaru yang lebih menumpukan pada produk dan informasi yang berkaitan dengan Apple. Agak jarang sekali kita melihat sebuah blog yang dikhaskan untuk peminat Apple di Malaysia terutamanya yang ditulis di dalam Bahasa Melayu dengan sepenuhnya.

    iDrexar21 boleh dilayari secara terus melalui alamat URL i.Drexar21.my. Menariknya laman blog terbaru ini merupakan usaha kali pertama Drexar21 membawakan penulis terbaru ke dunia penulisan blog ini. iDrexar21 mempunyai seorang penulis blog utama iaitu AzlanKasim dan dibantu oleh Amal Jamil (penulis Drexar21). Minat serta pengetahuan yang mendalam AzlanKasim tentang produk Apple akan dipersembahkan di dalam blog iDrexar21 buat tatapan semua peminat Apple di Malaysia.




     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain