• iPad Mini 2 dan iPad 5 seawal bulan Mac

    Khabar angin telah tersebar meluas di Internet mengatakan Apple bakal memperkenalkan generasi terbaru untuk iPad dan iPad Mini seawal bulan Mac tahun ini. Sekiranya perkara ini benar-benar terjadi, ini bermakna kita bakal melihat kemunculan iPad 5 dan iPad Mini 2 dalam masa kurang daripada 5 bulan iPad 4 dan iPad Mini dilancarkan kepada para pengguna. Sudah tentu perkara ini tidak akan diterima baik oleh mereka yang baru sahaja memiliki peranti-peranti ini. Mereka seolah-olah terasa tertipu dengan Apple.

    Berita ini sebenarnya kali pertama disampaikan oleh Brian White daripada Topeka Capital Markets dan buat masa ini masih tiada lagi bukti yang sah dan kukuh untuk menyokong kenyataan beliau. Jangkaan awal mengatakan iPad 5 bakal menjadi lebih ringan dan nipis berbanding iPad terdahulu manakala iPad Mini 2 pula akan menggunakan teknologi paparan Retina bagi menghasilkan gambar yang lebih tajam dan jelas.

    Adakah anda terasa tertipu oleh Apple kerana berita ini? Atau anda tidak percaya dengan khabar angin yang dihebahkan oleh Brian White?

    Sumber informasi : AppChronicles

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain