• iPhone 6 bakal menggunakan iOS7

    Tidak sampai 2 bulan iPhone 5 dilancarkan di Malaysia, kini sudah mula kedengaran tentang kemunculan iPhone 6 di Internet. Bukannitu sahaja, telefon yang dinanti-nantikan peminat setia Apple tahun ini dikatakan bakal menggunakan sistem operasi iOS7. Seorang pembangun aplikasi iOS telah terlihat nama sebuah peranti iaitu "iPhone 6,1" yang menggunakan iOS7 di dalam senarai permohonan. Bukan itu sahaja, berdasarkan alamat IP, permohonan itu telah datang daripada kampus Apple Cupertino. Berita penemuan nama iPhone 6 ini menjadi popular dengan segera dan ada yang mengatakan Apple sedang sibuk membangunkan peranti ini supaya sempat dilancarkan pada pertengahan tahun 2013. Persoalannya adakah Apple akan membawa masuk teknologi stylus ke dalam iPhone 6 kerana Apple baru sahaja menerima paten untuk "Active Stylus". Jika benar, maka kita bakal melihat persaingan baru antara iPhone 6 dengan Samsung Galaxy Note 2.

    Sumber informasi : Tech Crunch

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain