• iPhone masih mendahului Galaxy dari segi penjualan

    Menurut Tavis McCourt daripada Raymond Javis, kadar penjualan telefon pintar daripada Apple, iPhone masih lagi mendahului Samsung Galaxy buat masa ini. Analisa ini dibuat dengan membandingkan kesemua jumlah penjualan iPhone 4, iPhone 4S dan iPhone 5 ke atas penjualan keluarga Galaxy S dan Galaxy Note. Secara keseluruhan, Apple mendapat penjualan sebanyak 219 juta manakala Samsung sebanyak 131 juta.

    Walau bagaimanapun, angka ini dijangka akan berubah sekiranya kita membandingkan ia dengan keseluruhan telefon pintar yang dihasilkan oleh Samsung termasuklah jenis yang mampu milik seperti Galaxy Y. Malah baru-baru ini Apple dikatakan telah mengurangkan penghantaran iPhone 5 ke beberapa buah negara berikutan permintaan yang tidak begitu tinggi. Mungkinkah kebanyakkan pengguna sudah mula beralih kepada Android Samsung?

    Apple sebelum ini juga pernah membuat kenyataan bahawa iPhone 5 merupakan iPhone yang mempunyai kadar penjualan yang paling laju berbanding iPhone yang terdahulu.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain