• iPhone Math - iPhone bersaiz 4.8 inci?

    Menurut China Times, Apple berkemungkinan akan melancarkan iPhone 5S bersama-sama dengan sebuah telefon terbaru yang bakal diberi nama "iPhone Math". Mungkin namanya agak pelik berbanding nama peranti Apple terdahulu. Ada kebarangkalian nama ini mungkin telah disalah tafsir ketika penterjemahan dari bahasa Cina ke bahasa Inggeris.

    iPhone Math bakal memiliki skrin yang lebih besar berbanding iPhone yang biasa iaitu sebesar 4.8 inci. Ia dikhabarkan akan dilancarkan pada bulan Jun ini dengan 8 megapixel kamera. Berita penambahan keluarga baru untuk iPhone bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini kita pernah mendengar berita kemunculan iPhone Mini yang lebih murah daripada biasa demi mendapatkan pengguna yang berpendapatan sederhana.

    Selain iPhone Math, China Press juga mengatakan iPhone 5S bakal mendapatkan kemaskini kamera yang lebih tinggi daripada sebelumnya iaitu sebesar 12 megapixel. Ini mungkin terjadi kerana perkara yang sama pernah terjadi ketika penaiktarafan daripada iPhone 4 kepada iPhone 4S.

    Sumber informasi : MacRumors

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain