• iPhone Mini mungkin wujud pada tahun 2014?

    Samsung merupakan pengeluar telefon pintar yang paling diminati ramai buat masa ini dan diikuti oleh Apple. Kemungkinan besar perkara ini terjadi adalah kerana Samsung lebih menumpukan pada pasaran yang lebih meluas merangkumi mereka yang berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Menurut para penganalisis teknologi, Apple mungkin akan mencuba untuk membuka pasaran mereka dengan lebih meluas untuk bersaing dengan Samsung dengan mempekenalkan iPhone Mini. Perkara ini mungkin terjadi pada tahun 2014.

    Buat masa ini tidak terdapat sebarang informasi ataupun kenyataan rasmi daripada pihak Apple berkenaan iPhone Mini, namun jika dibandingkan dengan berita kemunculan iPad Mini suatu masa dahulu, ia mungkin berlaku. Sewaktu kemunculan iPad Mini terdahulu, kita tidak menerima sebarang informasi awal berkenaan peranti tersebut sehinggalah sebulan sebelum kumunculannya secara rasmi.

    Jika iPhone Mini diperkenalkan, ia sudah pasti akan menarik minat lebih ramai pengguna di seluruh dunia untuk menggunakan telefon pintar iOS kerana harganya yang mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan sederhana. Malah pengguna juga akan menerima lebih banyak pilihan produk daripada Apple.

    Sumber informasi : CNet

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain