• Kamera Android dengan lensa boleh ubah daripada Polaroid

    Sebut sahaja Polaroid, anda sudah pasti mengaitkannya dengan kamera yang mampu mencetak gambar secara terus sejurus selepas ditangkap. Kini syarikat Polaroid telah memperkenalkan iM836, sebuah kamera yang menggunakan sistem pengoperasian Android sepenuhnya seperti Samsung Galaxy Camera. Perbezaan yang jelas kelihatan pada kamera Android Polaroid adalah anda boleh mengubah lensa pada kameranya mengikut citarasa dan kesesuaian anda.

    Ia dilengkapi dengan Android 4.1 Jellybean di samping lensa asas F2.8 10-30mm. Bukan itu sahaja, fungsi WiFi juga telah diintegrasikan bersama bagi membolehkan anda menghantar gambar yang diambil ke Facebook, Twitter mahupun Instagram secara terus.

    Binaan asasnya yang menggunakan plastik menjadikan ia lebih ringan berbanding Galaxy Camera. Ia dijangka dijual pasa harga USD349, namun tiada sebarang informasi yang pasti bilakah ia akan berada di pasaran. Jangkaan awal mengatakan ia akan dijual pada bulan Februari tahun ini. Malah pihak Polaroid kini sedang sibuk membina lebih banyak lagi lensa kamera bagi memenuhi permintaan pengguna.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain