• Kenalpasti aplikasi percuma di iOS dengan AppZapp

    Apabila aplikasi Installous dimatikan, ramai yang sudah kecewa dengan berita tersebut malah ia bertambah sedih apabila aplikasi yang seumpama Installous juga telah dimatikan. Nampaknya Apple memang berusaha untuk menentang aplikasi cetak rompak. Kami memahami perasaan anda, oleh itu Drexar21 ingin memperkenalkan aplikasi yang membantu anda untuk mengenalpasti aplikasi yang telah diturunkan harga. Bukan itu sahaja, aplikasi yang menarik ini juga membolehkan anda mencari aplikasi yang ditawarkan secara percuma ketika promosi.
    Aplikasi ini diberi nama AppZapp. Ia boleh didapati di dalam App Store dalam dua versi yang berbeza iaitu AppZapp versi percuma dan versi berbayar (Pro). Perbezaan utamanya adalah hanya versi percuma sahaja yang menunjukkan iklan. AppZapp dihasilkan oleh ConIT AG yang beribu pejabat di Switzerland. Ia bertindak seumpama pembantu untuk anda mengenalpasti semua aplikasi yang terdapat di dalam App Store yang sedia ada. Setiap aplikasi telah dikategorikan mengikut kriteria masing-masing bagi membolehkan anda mendapatkan aplikasi yang diingini.

    Mungkin ia tidaklah sehebat Installous di mana semua aplikasi yang ditawarkan adalah percuma, namun AppZapp dapat membantu anda untuk menjadi pembeli aplikasi yang bijak di samping menjimatkan pembelian. Hampir setiap hari akan terdapat promosi oleh beberapa pembangun yang menawarkan aplikasi percuma bagi menarik minat pengguna baru. Sebagai contoh, pada hujung tahun 2012 yang lepas, Whatsapp telah menawarkan muat turun secara percuma khas buat pengguna iOS.

    Selain melihat aplikasi yang di dalam promosi, anda juga boleh melihat carta aplikasi paling popular dan senarai aplikasi-aplikasi terbaru yang terdapat di dalam App Store. AppZapp juga dikemaskini setiap jam jika terdapat aplikasi-aplikasi atau promosi terbaru yang ditawarkan. Sememangnya aplikasi ini adalah sebuah aplikasi yang wajib ada untuk pengguna iPhone, iPad, dan iPod Touch di luar sana.
    Anda boleh memuat turun aplikasi ini di pautan berikut:

    AppZapp (Percuma) - klik di sini.
    AppZapp Pro (Berbayar) - klik di sini.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain