• Langganan UniFi kini mencecah 500,000

    Pihak TM telah mengumumkan secara rasmi bahawa mereka telah berjaya memperoleh 500,000 orang pelanggan sehingga awal tahun 2013. Buat masa ini, terdapat 94 buah kawasan yang telah dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi yang merangkumi 1.34 juta bangunan di seluruh Malaysia. Antara beberapa buah negeri yang telah memiliki sambungan UniFi adalah Kuala Lumpur, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, bilangan lokasi yang yang menawarkan perkhidmatan ini masih lagi tertumpu di kawasan Lembah Klang.

    Menurut Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif Consumer TM, kini sudah terdapat 2 juta pelanggan jalur lebar yang menggunakan perkhidmatan TM termasuklah Streamyx dan juga UniFi. Perkhidmatan IPTV, HyppTV yang disertakan bersama UniFi juga melihat perkembangan positif apabila ia kini memiliki 114 saluran dan 28 daripadanya adalah di dalam format Definasi Tinggi (HD). Malah perkhidmatan IPTV juga telah dikembangkan kepada pelanggan perniagaan.

    Selain daripada itu, TM bakal meraikan ulang tahun ketiga UniFi pada bulan Mac ini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain