• Maxis menjadi peneraju utama LTE di Malaysia

    Bersempena dengan permulaan hari pada tahun 2013, Maxis telah memulakan langkah pertama dengan memperkenalkan Maxis LTE (4G) kepada pengguna di Malaysia. Ini bermakna Maxis merupakan syarikat telekomunikasi Malaysia yang pertama memberikan perkhidmatan Internet mudah alih terpantas di negara kita. Buat masa ini, perkhidmatan Maxis 4G ini hanya disediakan di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuklah Taman Tun Dr. Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan juga Cyberjaya.

    Melalui perkhidmatan Maxis 4G, pengguna boleh menggunakan Internet sehingga mencecah 75Mbps dengan purata kelajuan biasa pada 10 hingga 30 Mbps. Menurut CEO Maxis, 4G LTE beroperasi dengan kelajuan sehingga 5 atau 10 kali ganda berbanding 3G bagi membolehkan para pengguna memuat turun atau membuka kandungan media di Internet yang lebih besar dan menarik. Pengguna akan menikmati kelajuan Internet yang lebih pantas, tontonan video HD secara terus dari Internet, dan kepuasan bermain permainan atas talian tanpa sebarang gangguan.

    Bagi mereka yang berminat untuk menggunakan Maxis 4G, anda boleh mendaftar di pusat Maxis KLCC atau di Taman Tun Dr. Ismail mulai hari ini. Menariknya anda boleh menggunakan Internet yang pantas ini pada harga serendah RM88 sebulan melalui pelan jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband). Anda juga perlu membayar sebanyak RM400 untuk mendapatkan modem LTE ketika mendaftar. Buat masa ini, tiada lagi sokongan untuk pengguna telefon pintar mahupun tablet.

    Sumber informasi : The Sun Daily

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain