• Mediafire kini menawarkan ruangan storan awan 50GB

    Laman perkongsian popular, Mediafire telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan fungsi ruangan storan awan kepada para pengguna mereka sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan trajedi yang melanda Megaupload menghantui mereka. Menariknya Mediafire menawarkan ruang storan awan yang agak besar iaitu sebanyak 50GB bagi setiap pengguna. Kapasiti storan yang ditawarkan semestinya sudah melangkaui ruangan storan awan yang ditawarkan oleh Dropbox (10GB). Pesaing rapat Mediafire buat masa ini adalah Box.net yang juga menawarkan ruangan sebanyak 50GB.
    Selain itu, Mediafire juga turut memperkenalkan aplikasi untuk pengguna Android mengakses fail-fail yang tersimpan di ruang storan awan masing-masing. Sayang sekali fungsi memuat naik fail daripada peranti Android masih belum ditawarkan buat masa ini. Bagi yang berminat untuk memiliki aplikasi ini, anda boleh memuat turunnya melalui Google Playstore secara percuma.

    Kemaskini: Pengguna iPhone juga boleh memuat turun aplikasi Mediafire ini melalui pautan berikut. Tiada lagi aplikasi khas untuk pengguna iPad buat masa ini.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain