• MeMO Pad daripada Asus menyerupai Nexus 7

    Sekilas pandang, tablet terbaru daripada Asus ini amat menyerupai tablet Google mereka iaitu Nexus 7. Namun MeMO Pad keluaran terbaru Asus ini sebenarnya mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding Nexus 7. Hasilnya pengguna akan dapat menikmati tablet keluaran Asus dengan harga yang lebih rendah daripada biasa. MeMO Pad menggunakan cip pemprosesan VIA WM8950 1GHz dengan 1GB RAM. Ia memiliki skrin 7 inci di samping resolusi 1024x600. Ruang storan dalamannya boleh dipilih sama ada 8GB ataupun 16GB. Jika tidak mencukupi, anda boleh menambahkan ruangan storan anda melalui microSD.

    MeMO Pad mungkinlah pesaing kepada Nexus 7, namun harganya pasti menarik minat mereka yang ingin tablet pada harga yang lebih rendah kerana ia bakal dijual pada harga USD149 (RM450). Sistem operasinya juga bukan calang-calang kerana ia masih menggunakan Android JellyBean 4.1. Bukan itu sahaja, terdapat tifa pilihan warna yang boleh anda pilih iaitu "Sugar White", "Titanium Gray", dan "Cherry Pink". Sayang sekali Asus tidak meletakkan kamera di bahagian belakang tablet ini. Sama seperti Nexus 7, ia hanya memiliki kamera di bahagian hadapan sahaja pada 1 megapixel namun dengan kebolehan untuk menangkap video pada 720p.

    Tidak dapat dipastikan bilakah tablet Asus ini bakal berada di pasaran Malaysia buat masa ini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain