• Muat turun aplikasi MyMaxis dan menangi Samsung Galaxy Note 2

    Buat pengguna Maxis di luar sana, anda boleh memuat turun aplikasi MyMaxis di peranti Android dan iOS anda untuk memeriksa kadar penggunaan data mudah alih anda di mana-mana sahaja. Aplikasi ini membenarkan anda untuk melihat dan mengubah informasi berkaitan akaun Maxis anda di samping membolehkan anda membayar bil-bil anda secara terus melalui telefon pintar anda. Buka itu sahaja, MyMaxis juga mampu menunjukkan anda lokasi kedai-kedai Maxis di sekeliling anda dengan mudah.
    Bagi mempromosikan lagi aplikasi MyMaxis, Maxis telah membuat sebuah pertandingan di mana setiap pelanggan Maxis yang memuat turun dan mendaftar aplikasi ini akan berpeluang untuk memenangi sebuah Samsung Galaxy Note 2. Pertandingan ini telah bermula pada 7 Januari 2013 bakal berakhir pada 10 Februari 2013. Maxis menawarkan sebuah Galaxy Note 2 setiap minggu sepanjang pertandingan ini berlangsung.
    Jika anda adalah pelanggan Maxis, anda boleh mendapat aplikasi MyMaxis di pautan berikut:

    1. MyMaxis untuk Android
    2. MyMaxis untuk iOS (Apple)


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain