• Netgear NeoTV Prime menggunakan Google TV

    Chrome Box daripada Samsung sememangnya sudah lama dikenali sebagai set top box yang menggunakan Google TV. Kini, Netgear juga bakal memasarkan set top box Google TV mereka tidak lama lagi. Produk yang diberi nama NeoTV Prime ini akan membolehkan anda mengakses Google Play untuk memuat turun aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Anda boleh melihat video melalui aplikasi Netflix atau HBO Go.

    NeoTV Prime juga membenarkan anda untuk menonton video yang terdapat di dalam peranti USB anda seperti PenDrive. Selain itu, anda juga boleh melayari laman web menggunakan pelayar Chrome Web. Anda juga boleh membeli aksesori tambahan seperti papan kekunci QWERTY dan pad sentuh yang menggunakan teknologi Bluetooth. Peranti ini boleh disambungkan pada HDTV di rumah anda menyerupai konsep HyppTV dan Apple TV yang menggunakan IPTV.

    Tiada sebarang informasi sama ada set top box ini bakal dipasarkan di Malaysia ataupun tidak namun sekiranya ia dibawa masuk, harganya dijangka berada di dalam lingkungan RM400.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain