• Nexus 4 kini boleh ditempah melalui DiGi

    Telefon pintar yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Android kini sudah pun boleh ditempah melalui Internet pada hari ini. DiGi telah membuka ruang tempahan untuk Google Nexus 4 daripada LG di laman web mereka. Seperti biasa, anda perlu mengambil mana-mana pelan DiGi untuk memiliki telefon pintar daripada mereka. Buat masa ini hanya satu pelan sahaja yang ditawarkan oleh DiGi untuk Nexus 4, di mana anda perlu mengambil pelan DiGi Smart Plan 88 (RM63 sebulan) dengan kontrak selama 24 bulan. Harga pasaran bagi sebuah Nexus 4 di Malaysia adalah RM1,649, namun anda boleh pada memilikinya pada harga RM1,499 daripada DiGi.

    Nexus 4 merupakan sebuah telefon pintar hasil kerjasama antara Google dan LG. ia menggunakan cip pemprosesan empat teras 1.5GHz Krait dengan sistem operasi Android terkini, Jellybean 4.2.1. Ia memiliki saiz skrin 4.7 inci dengan keberatan 139 gram. Sama seperti iPhone 4 dan iPhone 4S, anda perlu bertukar kepada micro SIM. Malah gambarnya juga tidak mengecewakan kerana ia turut dilengkapi Photo Sphere 8 megapixel dengan fungsi-fungsi auto-fokus, dan banyak lagi.

    Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan awal Nexus 4, anda bolehlah layari laman web DiGi di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain