• Nokia 'Catwalk' dengan binaan Aluminium

    Nokia Lumia sering dikaitkan dengan binaan polycarbonate untuk telefon pintar mereka terutamanya keluarga Lumia. Kini, laporan awal mengatakan Nokia sedang mencuba untuk mengubah binaan telefon pintar mereka kepada aluminium bagi membawakan rekaan yang lebih mewah dan eksklusif. Telefon pintar dengan nama awal Nokia 'Catwalk', bakal menjadi pengganti kepada Nokia Lumia 920 di samping menggunakan sistem operasi kegemaran mereka iaitu Windows Phone 8.

    Bukan itu sahaja, telefon pintar ini juga akan menjadi lebih ringan, tinggi dan nipis berbanding model sebelumnya. Buat masa ini, hanya iPhone sahaja yang masih menggunakan aluminium sebagai asas luaran. Nampaknya Nokia sedang bersungguh-sungguh menarik perhatian pengguna di luar sana untuk kembali menggunakan produk mereka di masa akan datang.

    Sumber informasi : MyNokiaBlog

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain