• Panasonic perkenalkan tablet Windows 8 bersaiz 20 inci

    Jika tablet bersaiz 10 inci masih tidak mencukupi buat diri anda, mungkin anda ingin mencuba tablet terbaru daripada Panasonic yang mempunyai skrin berukuran 20 inci dengan resolusi paparan 4K. Perkara ini memang amat mengejutkan di kala kebanyakkan pengeluar alat elektronik sedang berlumba-lumba beralih daripada tablet bersaiz 10 inci kepada saiz yang lebih kecil.

    Ia dijanakan sepenuhnya menggunakan sistem operasi Windows 8 64 bit di samping menggunakan cip pemprosesan Intel i5 3427U vPro 1.8GHz dan memori 4GB (boleh dikemaskini sehingga 16GB). Ia mempunyai resolusi 3840 x 2560 pixel (230ppi) dan disokong oleh kad grafik Nvidia GeForce. Storan dalamannya juga agak besar bagi sebuah tablet iaitu 128GB. Skrin tablet Panasonic ini menyokong penggunaan Anoto Live Pen dan mampu mengesan pergerakan sehingga 10 jari pada satu masa.

    Selain daripada itu, ia mempunyai ketebalan 0.4 inci dan disertakan sekali dengan tempat microSD tambahan. Menariknya ia turut didatangkan dengan kamera yang mampu membuat rakaman HD 720p.

    Menurut Panasonic, tablet 20 inci ini direka khas buat pengguna yang inginkan skrin yang lebih besar untuk membuat kerja harian seperti jurugambar, pereka bentuk, arkitek dan ramai lagi. Sayang sekali baterinya hanya mampu bertahan selama 2 jam sahaja. Oleh itu, pengguna digalakkan menyambungkan tablet ini pada sumber elektrik ketika waktu biasa. Tidakkah anda terasa tablet ini terlebih besar?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain