• Panggilan suara melalui Viber bakal hadir untuk pengguna Blackberry

    Viber telah memperkenalkan kemaskini versi 2.3 khas buat pengguna Blackberry yang sedia ada dengan membawakan fungsi penghantaran Emoticon & pelekat, serta penukaran reka bentuk asas pada aplikasi berkenaan. Di samping itu, anda juga boleh menghantar mesej ke dalam kumpulan melalui kemaskini terbaru ini. Bahasa Sepanyol dan Arab juga telah ditambah sebagai pilihan buat pengguna Blackberry.

    Namun kemaskini yang paling dinanti-nantikan ramai pengguna Blackberry di luar sana adalah fungsi panggilan suara menggunakan Internet (VoIP) yang sememangnya amat sinonim dengan aplikasi Viber untuk Android, dan iOS. Apatah lagi, buat masa ini tidak terdapat sebarang aplikasi VoIP yang direka untuk pengguna Blackberry. Kini, berita yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Viber telah mengumumkan bahawa mereka akan membawakan fungsi VoIP ini untuk pengguna Blackberry pada bulan April ini. Malah mereka turut memuat naik sebuah video di Youtube untuk menunjukkan kesahihan berita ini.

    Buat masa ini sudah terdapat lebih daripada 100 juta pengguna aplikasi Viber berdaftar di seluruh dunia dan angka ini dijangka meningkat dengan mendadak dengan kemunculan kemaskini VoIP untuk pengguna Blackberry tidak lama lagi.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain