• Pebble - Kemunculan jam tangan pintar pada CES 2013


    Semakin kita menghampiri tarikh 8 Januari, semakin banyak berita tentang peranti canggih terbaru yang kita terima di ruang Internet. Terkini dikhabarkan Kickstarter bakal memperkenalkan jam tangan pintar bernama Pebble pada majlis CES 2013 minggu hadapan. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Pemasarannya, Eric Migicovsky.

    Sebenarnya berita mengenai Pebble sudah lama menjadi bualan ramai ketika ia diperingkat ujian lagi. Mereka telah berjaya mengumpul sebanyak USD10 juta hasil daripada sumbangan yang diberikan oleh para peminat jam tangan pintar itu. Hasilnya produktiviti pengeluaran Pebble telah menjadi sangat besar.

    Pebble membolehkan penggunanya untuk menerima notifikasi mesej mahupun panggilan melalui jam tangan pintar mereka di samping menunjukkan masa kepada para penggunanya. Selain itu, aplikasi seperti Facebook juga telah diintegrasikan bersama bagi kemudaban pemiliknya. Ia disambungkan dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain