• Peluang memenangi BlackBerry Torch 9800 daripada U Mobile

    Jika anda pengguna BlackBerry di luar sana, anda mungkin tidak ingin melepaskan peluang untuk memenangi sebuah BlackBerry Torch 9800 setiap minggu. U Mobile telah membuka sebuah pertandingan di mana mereka menawarkan 16 buah BlackBerry Torch 9800 setiap minggu bermula 7 Januari sehingga 28 Februari 2012 ini. Syarat utama untuk memasuki pertandingan ini adalah anda perlu mendaftar sebagai pengguna pelan pra bayar BlackBerry Internet untuk dua bulan pada harga RM34 sahaja. Anda juga layak menyertai pertandingan ini sekiranya mendaftar sebagai pengguna pasca bayar BlackBerry Unlimited (BIS 20).

    Namun perlu diingatkan, sekiranya anda memenangi telefon pintar ini, anda perlu membuat pembayaran awal sebanyak RM240 kepada U Mobile. Untuk pengguna pasca bayar, RM240 ini akan dikembalikan melalui pemberian rebat bulanan selama 12 bulan (RM20 sebulan x 12) manakala sekiranya anda pengguna pra bayar, RM240 akan dimasukkan ke dalam baki nombor anda dan boleh digunakan dalama masa 720 hari.

    Ternyata amat pelik sekali syarat yang diberikan oleh U Mobile buat mereka yang sudah memenangi pertandingan ini kerana mereka terpaksa membayar wang sebelum boleh menebus hadiah yang dimenangi.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain